-
Berkuat kuasa mulai peperiksaan STPM Tahun 2025, calon boleh memuat turun dan mencetak Sijil STPM secara dalam talian (e-Sijil STPM) melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di https://www.mpm.edu.my. MPM tidak lagi mengeluarkan Sijil STPM dalam bentuk salinan cetak atau salinan keras (hardcopy).
-
Calon boleh memuat turun dan mencetak sendiri e-Sijil STPM masing-masing mulai jam 3:00 petang pada tarikh keputusan STPM diumumkan.
-
Manual untuk memuat turun dan mencetak e-Sijil STPM untuk rujukan calon disediakan dalam sistem e-Sijil STPM.
-
Walau bagaimanapun, calon masih boleh memohon Sijil STPM dalam bentuk salinan cetak (hardcopy) daripada MPM, tetapi caj sebanyak RM60.00 (termasuk caj pengeposan) akan dikenakan. Permohonan bagi mendapatkan Sijil STPM dalam bentuk salinan cetak terdapat dalam sistem e-Sijil.
-
Calon boleh memuat turun dan mencetak e-Sijil STPM tahun semasa dalam tempoh dua tahun dari tarikh keputusan STPM dikeluarkan secara percuma. Sehubungan itu, calon dinasihatkan untuk memuat turun dan menyimpan e-Sijil STPM tahun semasa masing-masing bagi mengelakkan calon dikenakan caj selepas tempoh tersebut. Ini kerana selepas tempoh dua tahun tersebut, permohonan untuk memuat turun e-Sijil STPM tahun semasa akan dikenakan caj sebanyak RM20.00.
-
Sijil STPM akan dianugerahkan kepada calon yang mendapat sekurang-kurangnya lulus sebahagian dalam satu mata pelajaran (rujuk Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM di portal rasmi MPM https://www.mpm.edu.my). Calon yang tidak layak mendapat sijil, boleh memohon Penyata Keputusan STPM di dalam sistem e-Sijil.
-
Calon yang ingin mendapatkan transkrip sijil STPM (versi Bahasa Melayu dan versi Bahasa Inggeris) dan sijil Tahfiz boleh mendapatkannya dalam sistem e-Sijil STPM.
-
Sekiranya terdapat sebab tertentu keputusan calon dibatalkan, MPM berhak menarik balik sijil STPM yang telah dikeluarkan kepada calon.
Sijil STPM secara dalam talian (e-Sijil STPM)
- Butiran
- 291667
STPM