- Butiran
- 2611908
| BIL | NAMA BORANG/DOKUMEN | |
| 1 | Muat turun Jadual Waktu Ujian MUET Sesi 1 2026 | Muat Turun |
| 2 | Muat turun Jadual Waktu Ujian MUET Sesi 2 2026 | Muat Turun |
| 3 | Muat turun Jadual Waktu Ujian MUET Sesi 3 2026 | Muat Turun |
Perpindahan menumpang dari satu pusat ujian ke satu pusat ujian yang lain adalah sangat terhad dan bergantung kepada kapasiti pusat ujian yang masih mempunyai kekosongan dan boleh menampung calon selepas pusat ujian dikemaskini. Calon hendaklah memohon secara dalam talian melalui pautan https://mympmapp.mpm.edu.my/login.
Permohonan perpindahan menumpang pusat ujian ini adalah untuk SEMUA KERTAS (Listening, Speaking, Reading, dan Writing).
Bayaran perpindahan menumpang pusat ujian MUET untuk calon sekolah/institusi dan calon persendirian individu bagi warganegara dan bukan warganegara ialah bayaran sebanyak RM60.00.
Permohonan pindah menumpang pusat ujian dibuka dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh MUET/D mula dimuatnaik di portal MPM.
Calon yang berjaya menukar tumpang pusat ujian hendaklah menyemak MUET/D baharu yang akan dikemaskinikan di portal MPM dua minggu selepas permohonan ditutup. MUET/D yang terdahulu adalah terbatal.
Bagi calon yang ingin mendapatkan Sijil MUET untuk tempoh yang melebihi lima tahun ke belakang, calon boleh mendapatkan Sijil MUET secara dalam talian di pautan http://webmpm1.mpm.edu.my/salinansijilmuet/. Sekiranya maklumat calon tiada, sila e-melkan pertanyaan ke alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dengan menyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan, tahun menduduki Ujian MUET dan nama sekolah/pusat ujian menduduki MUET.
Calon hendaklah menyemak maklumat pendaftaran pada MUET/PP yang boleh dicetak dan disimpan dalam format pdf sebaik sahaja melengkapkan pendaftaran dalam talian bagi memastikan semua maklumat adalah betul. Sekiranya terdapat maklumat yang silap, calon boleh memohon pembetulan maklumat secara manual. Permohonan pembetulan maklumat semasa tempoh pendaftaran dibuka tidak dikenakan bayaran
Sekiranya calon gagal mengemaskinikan maklumat dalam tempoh pendaftaran dibuka, maka calon hendaklah melengkapkan Borang Pembetulan Maklumat Calon [MUET/C9 (Pindaan 2025)] yang boleh dicetak daripada portal MPM dan menghantarnya dengan kadar segera ke MPM (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui Pengetua/Ketua Jabatan sekolah/institusi masing-masing (bagi calon sekolah/institusi). Permohonan pembetulan maklumat selepas pendaftaran ditutup dikenakan bayaran RM50.00. Bayaran melalui Sistem Bayaran MPM di pautan https://mecea.mpm.edu.my/bayaranmpm/.
Calon hendaklah menggunakan nombor pengenalan diri yang sama semasa ujian kelak. Sebarang kesilapan akan menimbulkan salah faham dengan Pengawas dan akan menyusahkan calon sendiri.
Bagi permohonan pembetulan maklumat selepas keputusan ujian MUET diumumkan, calon perlu membuat permohonan pembetulan maklumat seperti dinyatakan pada para 2.