- Bayaran untuk menduduki ujian MUET adalah seperti yang berikut:
Calon Warganegara Calon Bukan Warganegara Yuran pendaftaran RM 40.00 RM 120.00 Yuran mata pelajaran RM 60.00 RM 230.00 Jumlah RM 100.00 RM 350.00 -
Pembayaran Yuran Pendaftaran Calon Persendirian Individu
Pembayaran yuran pendaftaran untuk menduduki ujian MUET bagi calon persendirian individu adalah secara dalam talian sahaja, iaitu melalui pautan https://muet.mpm.edu.my. PIN MEC tidak boleh dibeli dan digunakan oleh calon persendirian individu untuk tujuan pendaftaran. -
Pembayaran Yuran Pendaftaran Calon Sekolah/Institusi
i. Pembayaran yuran pendaftaran untuk menduduki ujian MUET bagi calon sekolah/institusi adalah dengan membeli PIN MEC.
ii. PIN MEC boleh dibeli secara kaedah yang berikut.a. Pembelian secara pukal oleh Setiausaha Peperiksaan/Penyelaras MUET sekolah/institusi di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja. b. Pembelian oleh calon sekolah/institusi sendiri secara perbankan internet melalui pautan https://mypay.com.my/web/mpm, dan PIN MEC tersebut hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan/Penyelaras MUET di sekolah/institusi masing-masing untuk pendaftaran secara dalam talian.
Nota: Caj tambahan bagi setiap pembelian nombor PIN MEC akan dikenakan (tertakluk kepada institusi perbankan).c. Bayaran pembelian PIN MEC yang dibuat oleh calon sekolah/institusi tidak akan dikembalikan sekiranya calon gagal mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan dan tidak boleh digunakan lagi untuk pendaftaran MUET sesi yang berikutnya. - Bayaran yang telah dibuat akan terpapar pada Penyata Pendaftaran MUET untuk rujukan calon.
Kadar Bayaran Ujian
- Butiran
- 178909