- Perpindahan dari satu pusat ujian ke satu pusat ujian yang lain adalah sangat terhad dan bergantung kepada kapasiti pusat ujian yang masih mempunyai kekosongan dan boleh menampung calon selepas pusat ujian dikemaskini. Calon hendaklah memohon secara dalam talian melalui url http://apps.mpm.edu.my/pp_muet/public/register.
- Permohonan perpindahan pusat ujian ini adalah untuk SEMUA KERTAS sahaja (Listening, Speaking, Reading, dan Writing).
- Bayaran perpindahan pusat ujian MUET ialah RM25.00 dan dibuat secara dalam talian melalui perbankan elektronik.
- Tarikh permohonan pertukaran pusat ujian secara dalam talian ialah pada 7 hingga 13 Februari 2023 bagi MUET Sesi 1 tahun 2023, 9 hingga 15 Mei 2023 bagi MUET Sesi 2 tahun 2023, manakala bagi ujian MUET Sesi 3 tahun 2023 ialah pada 27 Oktober hingga 2 November 2023.
- Calon yang berjaya menukar pusat ujian hendaklah menyemak MUET/D baharu yang akan dikemaskinikan di portal MPM dua minggu selepas permohonan ditutup. MUET/D yang terdahulu adalah terbatal.
Perpindahan Pusat Ujian
- Butiran
- 174086