W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  green  blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama MUET Kehilangan Sijil MUET

  1. Calon boleh melayari pautan https://sijil.mpm.edu.my/ untuk mendapatkan e-sijil. Semakan melalui e-sijil hanya untuk dua tahun ke belakang dari sesi tahun semasa sahaja. Sekiranya calon ingin mendapatkan sijil cetakan MPM (hardcopy), caj bayaran RM60.00 (termasuk kos penghantaran melalui Pos Laju) dikenakan. Permohonan secara dalam talian di pautan https://sijil.mpm.edu.my/ Sijil akan diposkan kepada calon dalam tempoh dua hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima. Semakan melalui e-sijil hanya untuk dua tahun ke belakang dari sesi tahun semasa sahaja. Bagi calon yang menduduki MUET sebelum tempoh dari tahun yang dinyatakan, calon boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Salinan Sijil MUET. Salinan Sijil MUET ini sah digunakan untuk tujuan memohon kemasukan ke universiti, konvokesyen, dan lain-lain tujuan sebagaimana Sijil MUET yang asal
  2. Salinan Sijil MUET yang dimohon secara pos akan diposkan kembali kepada calon dalam tempoh dua hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima di MPM. Jika permohonan di kaunter MPM, Salinan Sijil MUET akan dikeluarkan dalam tempoh 30 minit daripada permohonan yang lengkap diterima di kaunter MPM.

  3. Untuk membuat permohonan, calon perlu melengkapkan Borang Permohonan  Salinan Sijil STPM/MUET [MPM/S2 (Pindaan 2024)] dengan disertakan bayaran RM60.00 dalam bentuk Kiriman Wang (Money Order)/Bank Draft atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia. Mulai MUET Sesi 1 Tahun 2021, MPM tidak lagi menerima bayaran menggunakan Wang Pos.

    Untuk mendapatkan borang sila klik disini.

Calon Peperiksaan
Orang Awam
JPN
Warga MPM