W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  green  blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Soalan Lazim MUET Calon Peperiksaan STPM
BIL NAMA BORANG / DOKUMEN  
1 

Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2025(Guna Pakai
Untuk Peperiksaan STPM Mulai 2025)

Lihat

Lihat Dokumen

| Muat Turun
2 

Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2026(Guna Pakai
Untuk Peperiksaan STPM Mulai 2026)

Lihat

Lihat Dokumen

| Muat Turun
3 

Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2027(Guna Pakai
Untuk Peperiksaan STPM Mulai 2027)

Lihat

Lihat Dokumen

| Muat Turun
BIL NAMA BORANG/DOKUMEN  
1 Jadual Waktu Peperiksaan Semester 1 STPM 2026  Lihat

Lihat Dokumen

| Muat Turun
 
2 Jadual Waktu Peperiksaan Semester 2 STPM 2026  Lihat

Lihat Dokumen

| Muat Turun
 
3 Jadual Waktu Peperiksaan Semester 3 STPM 2026  Lihat

Lihat Dokumen

| Muat Turun
 
4 Jadual Waktu Peperiksaan Patching Semester 1 STPM 2025  Lihat

Lihat Dokumen

| Muat Turun
 
5 Jadual Waktu Peperiksaan Patching Semester 2 STPM 2025  Lihat

Lihat Dokumen

| Muat Turun
 
6 Jadual Waktu Peperiksaan Patching Semester 3 STPM 2025  Lihat

Lihat Dokumen

| Muat Turun
 
7 Jadual Waktu Peperiksaan Ulangan Semester 1 STPM 2026  Lihat

Lihat Dokumen

| Muat Turun
 
8 Jadual Waktu Peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2026  Lihat

Lihat Dokumen

| Muat Turun
 
9 Jadual Waktu Peperiksaan Semester 1 STPM 2027  Lihat

Lihat Dokumen

| Muat Turun
 
  1. Berkuat kuasa mulai peperiksaan STPM Tahun 2025, calon boleh memuat turun dan mencetak Sijil STPM secara dalam talian (e-Sijil STPM) melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di https://portal.mpm.edu.my. MPM tidak lagi mengeluarkan Sijil STPM dalam bentuk salinan cetak atau salinan keras (hardcopy).

  2. Calon boleh memuat turun dan mencetak sendiri e-Sijil STPM masing-masing mulai jam 3:00 petang pada tarikh keputusan STPM diumumkan.

  3. Manual untuk memuat turun dan mencetak e-Sijil STPM untuk rujukan calon disediakan dalam sistem e-Sijil STPM.

  4. Walau bagaimanapun, calon masih boleh memohon Sijil STPM dalam bentuk salinan cetak (hardcopy) daripada MPM, tetapi caj sebanyak RM60.00 (termasuk caj pengeposan) akan dikenakan. Permohonan bagi mendapatkan Sijil STPM dalam bentuk salinan cetak terdapat dalam sistem e-Sijil.

  5. Calon boleh memuat turun dan mencetak e-Sijil STPM tahun semasa dalam tempoh dua tahun dari tarikh keputusan STPM dikeluarkan secara percuma. Sehubungan itu, calon dinasihatkan untuk memuat turun dan menyimpan e-Sijil STPM tahun semasa masing-masing bagi mengelakkan calon dikenakan caj selepas tempoh tersebut. Ini kerana selepas tempoh dua tahun tersebut, permohonan untuk memuat turun e-Sijil STPM tahun semasa akan dikenakan caj sebanyak RM20.00.

  6. Sijil STPM akan dianugerahkan kepada calon yang mendapat sekurang-kurangnya lulus sebahagian dalam satu mata pelajaran (rujuk Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM di portal rasmi MPM https://portal.mpm.edu.my). Calon yang tidak layak mendapat sijil, boleh memohon Penyata Keputusan STPM di dalam sistem e-Sijil.

  7. Calon yang ingin mendapatkan transkrip sijil STPM (versi Bahasa Melayu dan versi Bahasa Inggeris) dan sijil Tahfiz boleh mendapatkannya dalam sistem e-Sijil STPM.

  8. Sekiranya terdapat sebab tertentu keputusan calon dibatalkan, MPM berhak menarik balik sijil STPM yang telah dikeluarkan kepada calon.

Menukar Kertas Atau Mata Pelajaran Atau Menambah Mata Pelajaran

  1. Jika calon telah mendaftar bagi sesuatu mata pelajaran dan ingin menukar mata pelajaran itu dengan mata pelajaran yang lain selepas tamat tempoh pendaftaran, caj sebanyak RM50.00 per mata pelajaran akan dikenakan. Penukaran mata pelajaran selepas tamat tempoh pendaftaran hendaklah dikemukakan selewat-lewat sebulan dari tarikh tutup pendaftaran bagi sesuatu semester yang berkenaan. Calon juga tidak dibenarkan untuk menukar mata pelajaran sekiranya peperiksaan pada semester yang berkenaan telah diadakan.
  2. Jika calon ingin menambah mata pelajaran (calon dibenarkan mengambil maksimum lima mata pelajaran sahaja) selepas tarikh pendaftaran ditutup, caj pentadbiran sebanyak RM50.00 akan dikenakan di samping caj bagi mata pelajaran yang ditambah, iaitu sebanyak RM90.00 per mata pelajaran. Penambahan mata pelajaran hanya boleh dibuat pada semester 1 dan semester 2 sahaja. Bagi peperiksaan kertas bertulis semester 1 yang tertinggal (jika calon membuat pendaftaran pada semester 2 sahaja), calon boleh mendudukinya pada semester 3.
  3. Calon yang membuat penambahan mata pelajaran pada semester 2 akan dikehendaki mengambil kertas alternatif bertulis yang menggantikan Kerja Kursus. Namun demikian, jika mata pelajaran yang hendak ditambah tidak menawarkan kertas alternatif bertulis yang menggantikan Kerja Kursus, calon akan dikehendaki melaksanakan Kerja Kursus dan penghantaran Kerja Kursus tersebut akan dilanjutkan pada suatu tarikh yang akan ditentukan oleh MPM kemudian. Mata pelajaran ICT tidak boleh diambil sebagai mata pelajaran tambahan pada semester 2. Penambahan mata pelajaran selepas tamat tempoh pendaftaran hendaklah dikemukakan selewat-lewat sebulan dari tarikh tutup pendaftaran bagi sesuatu semester yang berkenaan.
  4. Calon yang mendaftar selepas tarikh keputusan STPM diumumkan atau calon yang mendaftar lewat kerana gagal memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak dibenarkan untuk menukar atau menambah mata pelajaran yang telah didaftarkan.
  5. Bagi calon yang ingin menggugurkan sesuatu mata pelajaran, bayaran bagi mata pelajaran yang digugurkan itu tidak akan dikembalikan.
  6. Calon tidak dibenarkan untuk menukar atau menggugurkan mata pelajaran sekiranya peperiksaan bagi salah satu kertas untuk mata pelajaran tersebut telah diadakan.
  7. Calon yang ingin menukar kertas atau mata pelajaran atau menambah mata pelajaran perlu mengisi borang STPM/K14 (Pindaan 2025) yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal Majlis Peperiksaan Malaysia. Bayaran adalah secara dalam talian melalui SIstem Bayaran MPM.
  8. Untuk mendapatkan borang STPM/K14 (Pindaan 2025), klik di sini.
  • Pautan Sistem Bayaran MPM ada dinyatakan dalam borang permohonan.

Perpindahan Pusat Peperiksaan

  1. Perpindahan dari satu pusat peperiksaan ke satu pusat peperiksaan yang lain hanya akan dibenarkan jika alasan yang dikemukakan oleh calon adalah munasabah. Pemohon hendaklah melengkapkan borang Permohonan Perpindahan Pusat Peperiksaan [STPM/K14  (Pindaan 2025)] yang dapat diperoleh dan dicetak daripada laman portal Majlis Peperiksaan Malaysia. Permohonan hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui KPPK/KPP, Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri.
  2. Permohonan untuk berpindah ke pusat peperiksaan yang lain hendaklah dikemukakan tidak lewat dari 4 minggu sebelum hari pertama peperiksaan bagi sesuatu semester bermula. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
  3. Bayaran perpindahan pusat peperiksaan ialah RM50.00 dan bayaran adalah secara dalam talian melalui Sistem Bayaran MPM. Bayaran akan dikembalikan jika permohonan tidak diluluskan.
  4. Calon yang telah diluluskan perpindahan pusat peperiksaan mestilah mengambil peperiksaan di pusat yang baharu dengan menggunakan nombor pusat dan angka giliran yang baharu (LPKC baharu).
  5. Calon yang masih belum menerima kelulusan perpindahan pusat peperiksaan dalam tempoh seminggu sebelum peperiksaan bertulis bagi sesuatu semester bermula hendaklah menghubungi KPPK/KPP, Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri atau Majlis Peperiksaan Malaysia dengan kadar SEGERA.
  6. Untuk mendapatkan borang STPM/K14 (Pindaan 2025), klik disini.
  • Pautan Sistem Bayaran MPM ada dinyatakan dalam borang permohonan.
Calon Peperiksaan
Orang Awam
JPN