Calon hendaklah menyemak maklumat pendaftaran pada MUET/PP yang boleh dicetak dan disimpan dalam format pdf sebaik sahaja melengkapkan pendaftaran dalam talian bagi memastikan semua maklumat adalah betul. Sekiranya terdapat maklumat yang silap, calon boleh memohon pembetulan maklumat secara manual.
Sekiranya calon gagal mengemaskinikan maklumat dalam tempoh pendaftaran dibuka, maka calon hendaklah melengkapkan Borang Pembetulan Maklumat Calon [MUET/C9 (Pindaan 2024)] yang boleh dicetak daripada portal MPM dan menghantarnya dengan kadar segera ke MPM (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui Pengetua/Ketua Jabatan sekolah/institusi masing-masing. Permohonan pindaan dalam tempoh ini tidak dikenakan bayaran dan calon juga akan mendapat MUET/D kelak dengan semua maklumat yang telah dipinda.
Calon hendaklah menggunakan nombor pengenalan diri yang sama semasa ujian kelak. Sebarang kesilapan akan menimbulkan salah faham dengan Pengawas dan akan menyusahkan calon sendiri.
Bagi permohonan pembetulan maklumat selepas keputusan ujian MUET diumumkan/Sijil MUET dicetak, calon perlu memohon Salinan Sijil MUET dengan mengemukakan Borang Permohonan Salinan Sijil STPM/MUET [MPM/S2 (Pindaan 2024)] dengan disertakan bayaran sebanyak RM60.00 serta melengkapkan Borang MUET/C9 (Pindaan 2024). Calon juga perlu memulangkan sijil asal (mengandungi maklumat yang silap) ke MPM.
Untuk mendapatkan MUET/C9, sila klik di sini
BIL | NAMA BORANG/DOKUMEN | |
1 | Muat turun Jadual Waktu Ujian MUET Sesi 1 2024 | Muat Turun |
2 | Muat turun Jadual Waktu Ujian MUET Sesi 2 2024 | Muat Turun |
3 | Muat turun Jadual Waktu Ujian MUET Sesi 3 2024 | Muat Turun |
4 | Muat turun Jadual Waktu Ujian MUET Khas Sesi 3 2024 (Calon Pusat Asasi UiTM Dengkil) | Muat Turun |
5 | Muat turun Jadual Waktu Ujian MUET Sesi 1 2025 | Muat Turun |
6 | Muat turun Jadual Waktu Ujian MUET Sesi 2 2025 | Muat Turun |
7 | Muat turun Jadual Waktu Ujian MUET Sesi 3 2025 | Muat Turun |
BIL | NAMA BORANG/DOKUMEN | |
1 | Pewartaan MUET - Pemurnian Spesifikasi Ujian MUET (22 JULAI 2019) | Lihat |
2 | Jadual Waktu Ujian Bertulis MUET Yang Baharu - Jadual Waktu | Lihat |
3 | Semak Semula, Yuran Baharu, Tiga Kali Setahun - MPM/1(AM)/2011 | Lihat |
4 | Syarat Kelayakan Menduduki MUET dan Tempoh Sah Laku MUET - MPM/1(AM)/2009 | Lihat |
5 | Spesifikasi MUET Yang Baru - MPM/1(AM) 2007 | Lihat |
6 | Pemansuhan Tempoh Pendaftaran Bagi Calon Yang Ingin Memperbaiki Keputusan MUET Sesi Sebelumnya | Lihat |
7 | Pewartaan Sijil MUET Secara Dalam Talian (e-Sijil) | Lihat |