17 September 2026 (Khamis) | Dewan Seri Pandan, SMK Pandan Mewah
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) hari ini menjalin kerjasama strategik bersama SMK Pandan Mewah menerusi Program Sekolah Angkat MADANI 2026, di bawah inisiatif YAB Perdana Menteri, sebagai usaha bersama dalam memperkasa pendidikan serta menyokong pembangunan murid secara lebih holistik.
Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Encik Badrul Hisham bin Abdullah, Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.
Majlis ini turut menyaksikan penyerahan Plak Penyerahan Program Sekolah Angkat MADANI serta mock cheque berjumlah RM100,000 kepada SMK Pandan Mewah, selain persembahan dan penyampaian cenderamata sebagai sebahagian daripada pengisian majlis.
Hadir sama pada majlis ini ialah Tuan Zaiazman bin Mohd Zainuddin @ Hilmi, Timbalan PPD Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat; Encik Mohd Hasmizi bin Hasan, Pengetua SMK Pandan Mewah; Encik Ahmad Kamal bin Haji Abdul Hadi, Timbalan Ketua Eksekutif 1 MPM; Puan Sharifah Norsana binti Syed Abdullah, Timbalan Ketua Eksekutif 2 MPM; serta Yang Dipertua PIBG SMK Pandan Mewah, Encik Elanchelvan a/l Darumalinggam, barisan Ketua Bahagian dan Ketua Unit MPM, pegawai PPD Hulu Langat, barisan pentadbir, guru-guru serta warga SMK Pandan Mewah.
Kerjasama antara MPM, PPD Hulu Langat dan SMK Pandan Mewah ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh jaringan strategik pendidikan dan mewujudkan peluang pembangunan yang memberi manfaat kepada warga sekolah. Semoga inisiatif ini terus diperkasakan dalam menyokong pembentukan generasi yang berilmu, berdaya saing, berakhlak mulia dan seimbang, selaras dengan aspirasi pendidikan negara.
Bersama Memperkasa Pendidikan, Melangkah Ke Masa Depan.
#MPM #MajlisPeperiksaanMalaysia #SekolahAngkatMADANI #SekolahAngkatMADANI2026 #SMKPandanMewah #PendidikanMADANI
#MADANIBekerja
#BersamaMemperkasaPendidikan










