W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  green  blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
previous arrow
next arrow
Slider
separator Calon Persendirian Individu yang ingin mendaftar MUET kini TIDAK PERLU membeli Pin MEC sebaliknya terus mendaftar melalui https://muet.mpm.edu.my     

RAKAN STRATEGIK

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia [Akta 225] ialah sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis perasmian penubuhan MPM telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu, iaitu YB Dato' Musa bin Hitam pada 22 April 1980.

Matlamat penubuhan MPM

Matlamatnya adalah untuk mengelolakan peperiksaan-peperiksaan tertentu dan semua perkara lain yang perlu atau bersampingan dengan peperiksaan-peperiksaan itu. Antara peperiksaan yang diwartakan seperti berikut:

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1982 untuk menggantikan peperiksaan Higher School Certificate (HSC) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) yang dikendalikan oleh University of Cambridge Local Examinations Syndicate (UCLES).
  • Selepas pengambilalihan kedua-dua peperiksaan tersebut oleh MPM, nama peperiksaan STP dan HSC telah ditukar kepada peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Penubuhan MPM juga bertujuan untuk merealisasikan pengendalian peperiksaan tersebut dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya. Hal ini bersesuaian dengan pelaksanaan dasar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dari peringkat pendidikan rendah hingga peringkat pendidikan prauniversiti, iaitu tingkatan enam.

Bidang Tugas/Fungsi MPM

Fungsi Utama Berdasarkan Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980 [Akta 225], tugas utama MPM ialah mengelolakan

  1. peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sejak tahun 1982
  2. ujian Malaysian University English Test (MUET) sejak tahun 1999. Mulai tahun 2019, di samping MUET sesi, ujian MUET juga telah ditawarkan secara kaedah ujian MUET on Demand (MoD)
  3. Ujian Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warganegara Asing (SKBMW) sejak tahun 2016

Ujian lain yang dimiliki oleh MPM ialah ujian psikometrik yang dikenali Career Selection Inventory for Malaysian (CaSIM 1 dan CaSIM II) yang dilancarkan pada tahun 2011. Ujian ini digunakan bagi memilih calon yang sesuai untuk mengikuti program yang bersesuaian di IPT dan bagi tujuan memilih pekerja berdasarkan minat kerjaya, personaliti, kecerdasan emosi, nilai integriti, dan kemahiran insaniah.

Bagi menambah keyakinan calon untuk menduduki MUET sebelum menduduki ujian sebenar, MPM juga ada menyediakan latih tubi secara dalam kepada calon yang dikenali sebagai Trial MUET Reading dalam Achieve A. Calon yang berminat boleh menduduki latihan latih tubi secara dalam tersebut di portal MPM.

MPM juga telah mengendalikan peperiksaan/ujian bagi pihak luar secara kolaborasi untuk peperiksaan/ujian yang berikut.

  1. Peperiksaan Penialaian Tahap Kecekapan bagi anggota Perkhidmatan Pelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) (2003-2011)
  2. Malaysian Information Technology Examination (MITPE) dengan Multimedia Technology Enhancement Operations Sdn. Bhd. (METEOR) (2005-2010)
  3. Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dengan Kementerian Pengajian Tinggi (2012-2013)
  4. Ujian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MUnSYI) dengan Universiti Sains Malaysia (USM) (2009-2014)
  5. Shariah Registered Financial Planner Capstone dengan Malaysian Financial Planner Capstone (2010-2015)
  6. Ujian Penilaian Kompetensi Kemahiran Pedagogi Guru Sains, teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (2016)
  7. Aplikasi Korpus MUET dan Aplikasi MUETLex dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) (2017)
  8. Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) (sejak 2017)
  9. Peperiksaan Imtihan al-Kafaah Li al-Lughah al- Arabiyya (IKLA) dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (2019)
  10. Medical Specialist Pre-Entrance Examination (MedEx) atau Peperiksaan Prakemasukan Ijazah Lanjutan Perubatan dengan Majlis Dekan-Dekan Perubatan Universiti Awam Malaysia (2019)
  11. Ujian Prospek Kerjaya dengan MIMOS Bhd. (2017-2020)
  12. Ujian CEFR Readiness (ujian kompetensi Bahasa Inggeris untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Opsyen Bahasa Inggeris) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (2020)
  13. Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (2021)
 
En. Adnan Bin Husin
En. Adnan Bin HusinKetua Eksekutif Kelapan
5 Julai 2021 hingga kini
 
 
Tn. Haji Mohd Fauzi bin Datuk Haji Mohd Kassim
Tn. Haji Mohd Fauzi bin Datuk Haji Mohd KassimKetua Eksekutif Ketujuh
19 Julai 2016 hingga 5 Julai 2021
 
Dr. Jamil Bin Adimin
Dr. Jamil Bin AdiminKetua Eksekutif Keenam
7 April 2014 hingga 18 Julai 2016
Puan Maziyan binti Hamzah
Puan Maziyan binti HamzahKetua Eksekutif Kelima
28 Disember 2011 hingga 30 April 2013
Allahyarham Haji Omar bin Abu Bakar
Allahyarham Haji Omar bin Abu BakarKetua Eksekutif Keempat
1 April 2005 hingga 18 Disember 2011
Y. Bhg. Dato' Haji Termuzi bin Hj. Abdul Aziz
Y. Bhg. Dato' Haji Termuzi bin Hj. Abdul AzizSetiausaha Agung/Ketua Eksekutif Ketiga
12 Jun 1997 hingga 31 Mac 2005
Tuan Haji Abdul Rahman bin Mohd. Ali
Tuan Haji Abdul Rahman bin Mohd. AliKetua Eksekutif Kedua
12 Jun 1995 hingga 11 Jun 1997
Allahyarham Dato' Syed Abu Bakar bin Dato' Syed Ahmad Barakbah
Allahyarham Dato' Syed Abu Bakar bin Dato' Syed Ahmad BarakbahSetiausaha Agung Pertama
1 Ogos 1980 hingga 3 April 1995
Perutusan KE

    Kerajaan kini sering menekankan tentang usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam, khususnya sistem penyampaian perkhidmatan melalui Sistem Kerajaan Elektronik. Justeru, MPM sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengendalikan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Malaysian University English Test (MUET) khususnya, turut mengorak langkah bagi menyahut cabaran ini. Ini juga  adalah selaras  dengan Perancangan  Senario  MPM untuk menjadi sebuah badan korporat menjelang tahun 2025. Lantaran itu, MPM telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan portal ini bagi menggantikan laman web MPM.  Kewujudan portal MPM ini adalah sebagai alat penghubung secara maya bagi menyampaikan segala maklumat tentang tadbir urus MPM dan pengurusan peperiksaan/ujian yang  dikendalikan oleh MPM. Ini adalah juga untuk memastikan saluran penyampaian perkhidmatan ini diperkasakan agar lebih mesra pelanggan, mudah dicapai,  bermaklumat, tepat, dan terkini.

    Dengan semua maklumat di hujung jari dan teknik terkini yang digunakan dalam membangunkan portal ini,  pelanggan MPM bukan sahaja boleh akses kepada maklumat yang dikehendaki, tetapi juga boleh memuat turun maklumat berkenaan. Urusan yang berkenaan juga boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian yang pastinya akan memudahkan dan mempercepatkan urusan pelanggan.  Antara kemudahan sistem dalam talian yang disediakan dalam portal MPM ini ialah sistem pendaftaran peperiksaan/ujian, penyemakan status pendaftaran peperiksaan/ujian, penyemakan keputusan peperiksaan/ujian, aduan dan maklum balas pelanggan serta borang-borang yang berkaitan dengan peperiksaan/ujian.  

   Sebagai sebuah organisasi yang berusaha untuk merealisasikan hasrat pentadbiran "paperless" atau setidak-tidaknya "less paper", portal ini juga menjadi platform bagi urusan yang berkaitan dengan pengawasan pusat peperiksaan/ujian dan pemeriksaan skrip jawapan secara paparan pada skrin.  

    MPM sedia maklum bahawa semua program yang disebut tadi adalah untuk memudahkan semua pihak berurusan dengan organisasi ini. Dalam memenuhi hasrat tersebut, MPM sedia menerima teguran kerana MPM sentiasa menganggap bahawa sebarang aduan dan teguran yang diterima merupakan nilai tambah yang bermakna bagi membantu MPM mengenal pasti kelompangan yang wujud, seterusnya berusaha ke arah menambah baik dan melonjakkan perkhidmatan MPM.    

Sekian, terima kasih.

Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia

carta organisasi mpm kemaskini2252018

Urus Setia Majlis

Pentadbiran MPM dan pengurusan peperiksaan dijalankan oleh Urus Setia Majlis yang bertanggungjawab kepada Majlis. Urus Setia ini diketuai oleh Ketua Eksekutif yang menjadi Ketua Pegawai Pentadbiran dan Ketua Pegawai Akademik. Ketua Eksekutif MPM kini ialah YBrs. Encik Adnan Bin Husin.

Urus Setia Majlis terbahagi kepada dua sektor yang masing-masing diketuai oleh Timbalan Ketua Eksekutif 1 dan Timbalan Ketua Eksekutif 2. Sektor-sektor tersebut adalah seperti yang berikut:

  1. Sektor Penyelidikan, Pembinaan, dan Pengujian
    1. Bahagian Penyelidikan dan Dasar Peperiksaan
    2. Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat
    3. Bahagian Sains dan Matematik
    4. Bahagian Sains Sosial dan MUET
    5. Bahagian Percetakan Keselamatan
    6. Bahagian Pembinaan Kompetensi

Sektor ini bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan dengan sukatan pelajaran, pembinaan kertas soalan, percetakan dan perbekalan kertas soalan, pemprosesan keputusan dan data peperiksaan, menetapkan standard, menganugerahkan keputusan peperiksaan, penyelidikan, dan latihan.

  1. Sektor Pentadbiran Am, Kewangan, dan Pengendalian Peperiksaan
    1. Bahagian Pengendalian Kompetensi
    2. Bahagian Khidmat Pengurusan
    3. Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM dan MUET
    4. Bahagian Pengurusan Keselamatan
    5. Bahagian Pengurusan Kewangan

Sektor ini bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan dengan perjawatan, perkhidmatan, pentadbiran am, perakaunan, pendaftaran calon, pengendalian pusat peperiksaan, pemeriksaan skrip jawapan, pelantikan pengawas dan pemeriksa, dan keselamatan.

Selain bahagian-bahagian di atas, terdapat tiga unit lain yang bertanggungjawab terus kepada Ketua Eksekutif, iaitu Unit Perhubungan Awam, Unit Audit Dalam, dan Unit Integriti.

Dalam pengurusan peperiksaan, MPM mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pegajian Tinggi Malaysia, dan semua institusi pengajian tinggi.

  • Menyediakan dan menerbitkan sukatan pelajaran peperiksaan dan spesifikasi ujian yang lengkap dan sesuai bagi peperiksaan/ujian Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Malaysian University English Test (MUET), dan Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warganegara Asing (SKBMW).
  • Mendaftarkan calon bagi peperiksaan/ujian STPM, MUET, dan SKBMW dengan cekap.
  • Menyediakan kertas peperiksaan/ujian yang jitu, sah, boleh dipercayai, saksama, dan adil bagi peperiksaan/ujian STPM, MUET, SKBMW, psikometrik, dan ikhtisas dengan cekap dan adil.
  • Mentadbirkan peperiksaan/ujian STPM, MUET, SKBMW, psikometrik, dan ikhtisas dengan cekap dan adil.
  • Mengeluarkan keputusan peperiksaan/ujian STPM, MUET, SKBMW, psikometrik, dan ikhtisas yang standardnya diiktiraf oleh institusi penerima lulusan.
PEPERIKSAAN 2023
  • STPM Semester 3 2023 (Bertulis)
  • STPM Ulangan 2 2023 (Bertulis)
  • MUET Sesi 1 2024 (Writing)
  • MUET Sesi 1 2024 (Speaking)
  • STPM Semester 3 2023 (ULBA)
  • STPM Ulangan 1 2023 (Bertulis)
  • STPM Semester 1 2024 (Bertulis)
Calon Peperiksaan
Orang Awam
Warga MPM