- Butiran
- 52839









Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia [Akta 225] ialah sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis perasmian penubuhan MPM telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu, iaitu YB Dato' Musa bin Hitam pada 22 April 1980.
Matlamatnya adalah untuk mengelolakan peperiksaan-peperiksaan tertentu dan semua perkara lain yang perlu atau bersampingan dengan peperiksaan-peperiksaan itu. Antara peperiksaan yang diwartakan seperti berikut:
Penubuhan MPM juga bertujuan untuk merealisasikan pengendalian peperiksaan tersebut dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya. Hal ini bersesuaian dengan pelaksanaan dasar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dari peringkat pendidikan rendah hingga peringkat pendidikan prauniversiti, iaitu tingkatan enam.
Fungsi Utama Berdasarkan Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980 [Akta 225], tugas utama MPM ialah mengelolakan
Ujian lain yang dimiliki oleh MPM ialah ujian psikometrik yang dikenali Career Selection Inventory for Malaysian (CaSIM 1 dan CaSIM II) yang dilancarkan pada tahun 2011. Ujian ini digunakan bagi memilih calon yang sesuai untuk mengikuti program yang bersesuaian di IPT dan bagi tujuan memilih pekerja berdasarkan minat kerjaya, personaliti, kecerdasan emosi, nilai integriti, dan kemahiran insaniah.
Bagi menambah keyakinan calon untuk menduduki MUET sebelum menduduki ujian sebenar, MPM juga ada menyediakan latih tubi secara dalam kepada calon yang dikenali sebagai Trial MUET Reading dalam Achieve A. Calon yang berminat boleh menduduki latihan latih tubi secara dalam tersebut di portal MPM.
MPM juga telah mengendalikan peperiksaan/ujian bagi pihak luar secara kolaborasi untuk peperiksaan/ujian yang berikut.
Kerajaan kini sering menekankan tentang usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam, khususnya sistem penyampaian perkhidmatan melalui Sistem Kerajaan Elektronik. Justeru, MPM sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengendalikan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Malaysian University English Test (MUET) khususnya, turut mengorak langkah bagi menyahut cabaran ini. Ini juga adalah selaras dengan Perancangan Senario MPM untuk menjadi sebuah badan korporat menjelang tahun 2025. Lantaran itu, MPM telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan portal ini bagi menggantikan laman web MPM. Kewujudan portal MPM ini adalah sebagai alat penghubung secara maya bagi menyampaikan segala maklumat tentang tadbir urus MPM dan pengurusan peperiksaan/ujian yang dikendalikan oleh MPM. Ini adalah juga untuk memastikan saluran penyampaian perkhidmatan ini diperkasakan agar lebih mesra pelanggan, mudah dicapai, bermaklumat, tepat, dan terkini.
Dengan semua maklumat di hujung jari dan teknik terkini yang digunakan dalam membangunkan portal ini, pelanggan MPM bukan sahaja boleh akses kepada maklumat yang dikehendaki, tetapi juga boleh memuat turun maklumat berkenaan. Urusan yang berkenaan juga boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian yang pastinya akan memudahkan dan mempercepatkan urusan pelanggan. Antara kemudahan sistem dalam talian yang disediakan dalam portal MPM ini ialah sistem pendaftaran peperiksaan/ujian, penyemakan status pendaftaran peperiksaan/ujian, penyemakan keputusan peperiksaan/ujian, aduan dan maklum balas pelanggan serta borang-borang yang berkaitan dengan peperiksaan/ujian.
Sebagai sebuah organisasi yang berusaha untuk merealisasikan hasrat pentadbiran "paperless" atau setidak-tidaknya "less paper", portal ini juga menjadi platform bagi urusan yang berkaitan dengan pengawasan pusat peperiksaan/ujian dan pemeriksaan skrip jawapan secara paparan pada skrin.
MPM sedia maklum bahawa semua program yang disebut tadi adalah untuk memudahkan semua pihak berurusan dengan organisasi ini. Dalam memenuhi hasrat tersebut, MPM sedia menerima teguran kerana MPM sentiasa menganggap bahawa sebarang aduan dan teguran yang diterima merupakan nilai tambah yang bermakna bagi membantu MPM mengenal pasti kelompangan yang wujud, seterusnya berusaha ke arah menambah baik dan melonjakkan perkhidmatan MPM.
Sekian, terima kasih.
Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
Urus Setia Majlis
Pentadbiran MPM dan pengurusan peperiksaan dijalankan oleh Urus Setia Majlis yang bertanggungjawab kepada Majlis. Urus Setia ini diketuai oleh Ketua Eksekutif yang menjadi Ketua Pegawai Pentadbiran dan Ketua Pegawai Akademik. Ketua Eksekutif MPM kini ialah YBrs. Encik Adnan Bin Husin.
Urus Setia Majlis terbahagi kepada dua sektor yang masing-masing diketuai oleh Timbalan Ketua Eksekutif 1 dan Timbalan Ketua Eksekutif 2. Sektor-sektor tersebut adalah seperti yang berikut:
Sektor ini bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan dengan sukatan pelajaran, pembinaan kertas soalan, percetakan dan perbekalan kertas soalan, pemprosesan keputusan dan data peperiksaan, menetapkan standard, menganugerahkan keputusan peperiksaan, penyelidikan, dan latihan.
Sektor ini bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan dengan perjawatan, perkhidmatan, pentadbiran am, perakaunan, pendaftaran calon, pengendalian pusat peperiksaan, pemeriksaan skrip jawapan, pelantikan pengawas dan pemeriksa, dan keselamatan.
Selain bahagian-bahagian di atas, terdapat tiga unit lain yang bertanggungjawab terus kepada Ketua Eksekutif, iaitu Unit Perhubungan Awam, Unit Audit Dalam, dan Unit Integriti.
Dalam pengurusan peperiksaan, MPM mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pegajian Tinggi Malaysia, dan semua institusi pengajian tinggi.